Sunday, October 10, 2010

Integrasi internet dalam pendidikan

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik
berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1- Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P .
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya
internet dapat digunakan dengan berkesan.

2- Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru
akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,
khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap
menjadi tunjang dan ikutan utama.

3- Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan
murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan
sistematik.

4- Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam
menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang
akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya
oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

No comments: