Sunday, October 24, 2010

Vakum dan rebus, makanan lebih sihat




PERNAHKAN anda membayangkan memasak rendang ayam dengan kaedah baru iaitu memasukkan kesemua bahan-bahan di dalam plastik khas, divakum dan direbus?

Barangkali ada yang ragu-ragu sama ada rendang ayam itu akan masak dengan sempurna atau sebaliknya.

Jangan terkejut jika anda bukan sahaja mendapat sajian yang masak sempurna dan menyihatkan, bahkan lebih lazat berbanding kaedah masakan biasa. Ini kerana menerusi kaedah itu nutrien yang ada pada bahan-bahan mentah dikekalkan melalui masakan pada suhu rendah.

Ramai yang tidak tahu bahawa makanan yang divakum sebelum dimasak lebih sihat untuk seisi keluarga kerana ia berada dalam persekitaran oksigen yang minimum sekali gus menghalang pembiakan bakteria.

Sekiranya bahan-bahan yang divakum dibekukan, ia mampu bertahan dalam tempoh sebulan tanpa kehilangan kualiti kesegarannya.

Justeru, bagi mereka yang sibuk bekerja tetapi mahukan gaya hidup sihat, Orved Italy memperkenalkan Cuission SV-41 iaitu mesin vakum yang perlu ada di setiap ruang dapur rumah atau digunakan dalam perniagaan makanan industri kecil dan sederhana (IKS).

Pilih sahaja masakan kegemaran sama ada kari, rendang atau masak lemak, ia boleh disediakan dengan kaedah masakan yang dinamakan Sous Vide.

Mesin vakum makanan itu boleh dibeli pada harga RM16,000.

No comments: